Monday, July 4, 2022

Kes harian lepasi 2,000 jangkitan, 7 lagi terkorban

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 57.8% dengan kes Covid-19 merangkumi 6.3%.

Other News

2,017 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,483,295 kes.

Sebanyak 2,548 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,417,694.

Ketika ini, 29,971 kes aktif direkodkan, dengan 28,679 atau 95.7% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 19 (0.1%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 1,235 (4.1%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 38 kes dan 20 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 57.8% dengan kes Covid-19 merangkumi 6.3%.

Tujuh lagi korban dilaporkan termasuk tiga kes kematian sebelum tiba di hospital menjadikan kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,630 orang.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles