Monday, July 4, 2022

30.4% kanak-kanak lengkap divaksinasi, 46.6% terima dos pertama

Sementara itu, 93.4% populasi remaja juga telah lengkap divaksinasi.

Other News

Sebanyak 1,079,745 atau 30.4% kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini telah lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Menurut laman web CovidNow sebanyak 1,653,491 kanak-kanak atau 46.6% daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, 2,906,702 atau 93.4% telah lengkap menerima vaksinasi manakala 3,003,996 atau 96.5% daripada kumpulan sama telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 16,071,981 atau 68.3% golongan dewasa telah menerima dos penggalak manakala 22,971,916 atau 97.6% telah lengkap dua dos dan 23,247,755 atau 98.8% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Bagi pemberian dos harian pula, sebanyak 10,981 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam melibatkan 3,254 dos pertama, 5,266 dos kedua dan 2,461 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,722,028.

Menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, tujuh kes kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam, masing-masing satu kes di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Perak manakala tiga di Pulau Pinang.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles