- Iklan -
Berita

Kes harian turun ke paras 1,400 jangkitan, 3 lagi terkorban

30,509 kes aktif direkodkan dengan 95.9% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pengunjung bersantai di kawasan ladang teh Boh Sungai Palas, Cameron Highland sempena musim cuti perayaan.
Pengunjung bersantai di kawasan ladang teh Boh Sungai Palas, Cameron Highland sempena musim cuti perayaan.

1,469 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,481,278 kes.

Sebanyak 1,836 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,415,146.

Ketika ini, 30,509 kes aktif direkodkan, dengan 29,271 atau 95.9% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 20 (0.1%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 1,182 (3.9%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 36 kes dan 17 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 57% dengan kes Covid-19 merangkumi 5.9%.

Tiga lagi korban dilaporkan termasuk dua kes kematian sebelum tiba di hospital menjadikan kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,623 orang.