Monday, July 4, 2022

Ahli akademik, penyanyi Wan Zawawi meninggal dunia

Jenazahnya dijangka akan dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Other News

Ahli akademik dan penyanyi Wan Zawawi Wan Ibrahim meninggal dunia kira-kira pukul 6.47 pagi ini berpunca daripada serangan jantung, lapor AstroAwani.

Menurut isterinya, Noorshah Mohd Salleh, suaminya menghembuskan nafas terakhir di rumah mereka di Seksyen 11, Petaling Jaya ketika sedang bersiap untuk menunaikan solat Subuh.

Noorshah berkata pemergian suaminya yang berusia 75 tahun itu adalah secara tiba-tiba tanpa disangka.

“Baru semalam kami menonton televisyen bersama dan kami berbincang untuk membawa arwah menjalani rawatan susulan jantung. Namun, saya reda dan percaya bahawa ajal arwah sudah sampai,” kata Noorshah dalam laporan tersebut.

Jenazah Wan Zawawi dibawa ke Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail untuk diuruskan sebelum pengebumian.

Jenazahnya dijangka akan dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

Selain dikenali sebagai seorang ahli akademik dalam bidang antropologi, Wan Zawawi juga turut terkenal sebagai seorang penyanyi yang banyak menekankan isu-isu sosial dan alam sekitar.

Beliau juga turut menulis lagu dan bekerjasama dengan beberapa penyanyi terkenal seperti M Nasir dan Ramli Sarip.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles