Saturday, July 2, 2022

30.2% kanak-kanak lengkap divaksinasi, 46.5% terima dos pertama

Sementara itu, 68.3% golongan dewasa telah menerima dos penggalak.

Other News

Sebanyak 1,073,551 atau 30.2% kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Menurut laman web CovidNow, sebanyak 1,650,581 kanak-kanak atau 46.5% daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, 2,906,035 atau 93.4% telah lengkap menerima vaksinasi manakala 3,003,483 atau 96.5% daripada kumpulan sama telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 16,069,133 atau 68.3% golongan dewasa telah menerima dos penggalak manakala 22,971,604 atau 97.6% telah lengkap dua dos dan 23,247,523 atau 98.8% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Bagi pemberian dos harian pula, sebanyak 14,253 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam melibatkan 3,300 dos pertama, 8,348 dos kedua dan 2,605 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,708,376.

Menurut portal GitHub KKM, tiga kes kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam, masing-masing satu kes di Kedah, Melaka dan Perlis.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles