Monday, July 4, 2022

Kes harian turun ke paras 1,600 jangkitan, 5 lagi terkorban

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 55.7% dengan kes Covid-19 merangkumi 6.5%.

Other News

1,697 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak  4,479,809 kes.

Sebanyak 1,548 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,413,310.

Ketika ini, 30,879 kes aktif direkodkan, dengan 29,693 atau 96.2% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 23 (0.1%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 1,123 (3.6%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 40 kes dan 22 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 55.7% dengan kes Covid-19 merangkumi 6.5%.

Lima lagi korban dilaporkan termasuk satu kes kematian sebelum tiba di hospital menjadikan kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,620 orang.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles