Monday, July 4, 2022

Banjir kilat di Kedah, Negeri Sembilan, 3 PPS dibuka

138 mangsa banjir dari 48 keluarga ditempatkan di PPS setakat pagi tadi.

Other News

Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di dua negeri dibuka menempatkan 138 mangsa banjir daripada 48 keluarga setakat pagi tadi.

Di Kedah, seramai 28 mangsa banjir daripada enam keluarga di Baling ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tawar setakat 9 pagi ini.

Ketua Pegawai Pertahanan Awam Baling Rasidah Kassim berkata kesemua mereka adalah penduduk kampung dari Mukim Tawar.

“Pagi ini cuaca cerah di Baling. Air dah surut, mangsa akan ke rumah masing-masing untuk membersihkan rumah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihak APM Baling akan terus membuat pemantauan dari semasa ke semasa serta sentiasa berada dalam keadaan siap siaga.

DIi Negeri Sembilan, data terkini menerusi aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat melaporkan dua PPS dibuka iaitu di SK Undang Johol dan Dewan Desa Dangi, Johol, Kuala Pilah melibatkan 110 individu membabitkan 42 keluarga setakat 8 pagi tadi.

Sementara itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan Mohd Syukri Md Nor berkata berlaku kejadian tanah runtuh di N14 Jalan Inas – Kampung Batu berikutan hujan lebat di kawasan berbukit di lokasi tersebut yang menghalang sepenuhnya lalu lintas.

“Susulan itu pengguna jalan raya dinasihatkan menggunakan jalan alternatif iaitu Laluan FT051 Jalan Kuala Pilah – Seremban atau Laluan FT009 Kuala Pilah – Tampin,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata Pusat Darul Widad di Port Dickson turut dinaiki air namun tiada pemindahan dibuat setakat ini.

Hujan lebat berterusan sejak tengah hari semalam menyebabkan beberapa lokasi di tiga negeri dinaiki air, iaitu Kuala Kubu Bharu, Selangor; Nilai, Seremban dan Kuala Pilah, Negeri Sembilan; serta Baling, Kedah.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles