Tuesday, July 5, 2022

AS bakal berikan dos penggalak kepada kanak-kanak

Bagaimanapun, masih tidak jelas jumlah sebenar permintaan untuk dos ketiga bagi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.

Other News

Pentadbiran Makanan dan Ubatan (FDA) Amerika Syarikat (AS) dijangka akan membenarkan suntikan dos penggalak vaksin Covid-19 Pfizer-BioNTech untuk kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun seawalnya pada Selasa.

Menurut laporan New York Times pada Isnin, syarikat itu mengemukakan permohonan kepada FDA untuk mendapatkan kebenaran pada bulan lalu.

Mereka memetik data daripada kajian pada peringkat pertengahan hingga akhir yang menunjukkan dos ketiga suntikan dapat meningkatkan perlindungan terhadap versi virus asal dan varian Omicron dalam kalangan kanak-kanak dalam kumpulan umur tersebut.

Bagaimanapun, masih tidak jelas jumlah sebenar permintaan untuk dos ketiga bagi kumpulan umur itu.

Menurut data Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), hanya 28.8% kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun diberi vaksin lengkap.

Satu mesyuarat pakar vaksin luar dalam jawatankuasa penasihat CDC dijadualkan pada Khamis, kata laporan itu.

Sementara itu, Pfizer, BioNTech dan FDA tidak segera memberikan respons kepada Reuters ketika dihubungan untuk mendapatka ulasan mereka.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles