Monday, July 4, 2022

Kes harian turun ke paras 2,200 jangkitan, 3 lagi terkorban 

30,735 kes aktif direkodkan dengan 96% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Other News

2,239 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,478,114 kes.

Sebanyak 1,263 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,411,762.

Ketika ini, 30,735 kes aktif direkodkan, dengan 29,516 atau 96% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 4 (0.0%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 1,170 (3.8%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 45 kes dan 23 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan. 

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 56.3% dengan kes Covid-19 merangkumi 7.3%.

Tiga lagi korban dilaporkan termasuk satu kes kematian sebelum tiba di hospital menjadikan kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,615 orang.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles