- Iklan -
Berita

Kes harian kembali ke paras 2,300 jangkitan, 5 lagi terkorban

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 56.7% dengan kes Covid-19 merangkumi 7.6%.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai melakukan aktiviti sosial dan ekonomi dengan lebih selesa selepas kelonggaran sekatan Covid-19 mula diumumkan secara berperingkat pada 1 April lalu.
Orang ramai melakukan aktiviti sosial dan ekonomi dengan lebih selesa selepas kelonggaran sekatan Covid-19 mula diumumkan secara berperingkat pada 1 April lalu.

2,373 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak  4,475,873 kes.

Sebanyak 1,340 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,410,499.

Ketika ini, 29,762 kes aktif direkodkan, dengan 28,425 atau 95.5% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 29 (0.1%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 1,261 (4.2%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 47 kes dan 31 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 56.7% dengan kes Covid-19 merangkumi 7.6%.

Lima lagi korban dilaporkan termasuk satu kes kematian sebelum tiba di hospital menjadikan kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,607 orang.