Friday, May 13, 2022

Malaysia catat pertumbuhan KDNK 5% bagi suku pertama 2022

Sektor perkhidmatan dan perkilangan terus memacu pertumbuhan ekonomi dengan masing-masing berkembang sebanyak 6.5% dan 6.6%.

Other News

Ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan positif sebanyak 5% pada suku pertama 2022 berbanding penguncupan 0.5% pada suku yang sama 2021, disokong terutama oleh permintaan domestik yang bertambah baik apabila kegiatan ekonomi terus kembali normal dengan pelonggaran langkah-langkah pembendungan.

Pada kadar ini, keluaran dalam negara kasar (KDNK) menetapi unjuran yang dibuat penganalisis ekonomi yang optimis mengenai permintaan domestik yang semakin baik, terutama penggunaan swasta yang membentuk 58.8% daripada ekonomi ini.

Menurut kenyataan Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai Perkembangan Ekonomi dan Kewangan di Malaysia pada suku pertama 2022 yang dikeluarkan pada Jumaat, keadaan yang bertambah baik ini juga mencerminkan pemulihan pasaran pekerjaan, dengan kadar pengangguran terus susut kepada 4.1% (suku keempat 2021: 4.3%), di samping sokongan dasar yang berterusan.

Dalam pada itu, sidang media secara fizikal juga diadakan di Sasana Kijang, BNM memandangkan negara sedang berada dalam fasa peralihan ke endemik selain pembukaan semula sempadan antarabangsa mulai 1 April, 2022.

BNM menjelaskan, permintaan luaran yang kukuh berikutan peningkatan kitaran teknologi global yang berterusan juga memberikan sokongan selanjutnya kepada pertumbuhan.

Dari segi penawaran, sektor perkhidmatan dan perkilangan terus memacu pertumbuhan ekonomi dengan masing-masing berkembang sebanyak 6.5% dan 6.6%, menurut bank pusat.

BNM menambah, pada asas suku tahunan terlaras secara bermusim, ekonomi berkembang sebanyak 3.9% (suku keempat 2021: 4.6%).

Inflasi keseluruhan menjadi sederhana kepada 2.2% pada suku pertama (suku keempat 2021: 3.2%).

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles