- Iklan -
Berita

Kes harian lepasi 3,400 jangkitan, 4 lagi terkorban

26,826 kes aktif direkodkan dengan 94.7% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Ibu negara Kuala Lumpur mulai sibuk dengan pelbagai aktiviti ekonomi dan sosial selepas negara beralih ke fasa endemik sejak 1 April lalu.
Ibu negara Kuala Lumpur mulai sibuk dengan pelbagai aktiviti ekonomi dan sosial selepas negara beralih ke fasa endemik sejak 1 April lalu.

3,410 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,470,471 kes.

Sebanyak 1,430 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,408,043.

Ketika ini, 26,826 kes aktif direkodkan, dengan 25,414 atau 94.7% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 33 (0.1%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 1,328 (5%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 51 kes dan 34 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan. 

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 55.5% dengan kes Covid-19 merangkumi 7.2%.

Empat lagi korban dilaporkan menjadikan kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,602 orang.