Saturday, May 21, 2022

Pelawat wajib imbas MySejahtera masuk pub, kelab malam

Pelanggan juga perlu disahkan negatif Covid-19 24 jam sebelum masuk ke premis.

Other News

Pelawat pusat hiburan hiburan seperti pub dan kelab malam tetap diwajibkan untuk mengimbas daftar masuk melalui MySejahtera dan mengaktifkan fungsi pengesanan MySJ Trace sebelum masuk ke premis tersebut berkuat kuasa 14 Mei depan.

Peraturan yang sama turut terpakai kepada pekerja premis susulan peralihan negara ke fasa endemik.

Pelanggan juga ditetapkan menjalani ujian saringan kendiri RTK-Antigen dengan penyeliaan pengamal perubatan berdaftar atau Majlis Perubatan Malaysia (MMC) sama ada secara fizikal atau maya 24 jam dan memakai pelitup muka kecuali semasa aktiviti makan, minum dan menari.

Pihak bertanggungjawab ke atas premis perlu melakukan ujian RTK-Antigen ke atas pelanggan sebelum masuk ke dalam premis mereka.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkata ketetapan itu dibuat mengambil kira faktor risiko penularan jangkitan Covid-19 yang tinggi di pub dan kelab malam kerana ruang tertutup dengan ventilasi yang tidak mencukupi.

MKN turut berkata keadaan penjarakan fizikal yang sukar dipantau dan dipatuhi di pub dan kelab malam menjadikan SOP pemakaian pelitup muka dilaksanakan.

Pub dan kelab malam mula ditutup sejak Mac 2020 ketika pandemik Covid-19 melanda negara.

Industri itu hanya dibenarkan beroperasi semula pada bulan ini.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles