- Iklan -
Berita

Kes harian meningkat lepasi 3,300 jangkitan, 8 lagi terkorban

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 55% dengan kes Covid-19 merangkumi 8%.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai mula menjalankan aktiviti sosial sepertimana sebelum pandemik selepas kelonggaran daripada sekatan Covid-19 diumumkan kerajaan sejak 1 April lalu.
Orang ramai mula menjalankan aktiviti sosial sepertimana sebelum pandemik selepas kelonggaran daripada sekatan Covid-19 diumumkan kerajaan sejak 1 April lalu.

3,321 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,467,061 kes.

Sebanyak 1,416 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,406,613.

Ketika ini, 24,850 kes aktif direkodkan, dengan 23,385 atau 94.1% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 33 (0.1%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 1,373 (5.5%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 59 kes dan 34 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 55% dengan kes Covid-19 merangkumi 8%.

Lapan lagi korban dilaporkan termasuk tiga kes kematian sebelum tiba di hospital menjadikan kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,598 orang.