Sunday, July 3, 2022

4 hari lagi untuk kemuka Borang Nyata Cukai, kata LHDN

Mereka boleh mengisi borang tersebut melalui e-filing selewat-lewatnya 15 Mei ini.

Other News

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini mengingatkan supaya pembayar cukai yang tidak menjalankan perniagaan melaporkan pendapatan mereka melalui e-filing Borang Nyata Cukai bagi tahun taksiran 2021 selewat-lewatnya 15 Mei ini bagi mengelak penalti dikenakan.

Dalam sebuah kenyataan, LHDN berkata lebih 2.58 juta Borang Nyata Cukai bagi tahun taksiran 2021 diterima daripada kategori pembayar cukai yang tidak menjalankan perniagaan.

Menurut LHDN, daripada jumlah tersebut, sekitar 2.48 juta atau lebih 96% Borang Nyata Cukai diterima melalui kaedah e-Filing manakala selebihnya secara manual atau Borang Kertas.

Pemfailan cukai secara manual berakhir pada 30 April lalu.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles