Tuesday, June 28, 2022

27.1% kanak-kanak lengkap divaksinasi, 44.2% terima dos pertama

Sementara itu, 93.2% populasi remaja telah lengkap divaksinasi.

Other News

Seramai 961,597 atau 27.1% kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di negara ini lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-kanak (PICKids) setakat semalam.

Menurut laman web CovidNow, seramai 1,569,286 kanak-kanak atau 44.2% daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, seramai 2,899,554 atau 93.2% telah lengkap vaksinasi manakala 2,997,051 atau 96.3% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam masa sama, sejumlah 16,049,816 atau 68.2% golongan dewasa telah menerima dos penggalak manakala 22,969,639 atau 97.6% telah lengkap dua dos dan 23,245,044 atau 98.8% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Bagi pemberian dos harian pula, sebanyak 28,466 dos vaksin Covid-19 diberikan semalam melibatkan 9,672 dos pertama, 15,534 dos kedua dan 3,260 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,478,577.

Sementara itu, menurut portal GitHub kementerian kesihatan, sebanyak enam kes kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam dengan dua kes dilaporkan di Kuala Lumpur dan masing-masing satu kes di Selangor, Perlis, Kedah dan Johor.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles