Wednesday, June 29, 2022

Monsun barat daya dijangka bermula pada Sabtu, kata MetMalaysia

Ia dijangka berterusan sehingga pertengahan September tahun ini.

Other News

Monsun barat daya dijangka bermula Sabtu dan berterusan sehingga pertengahan September tahun ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata semasa tempoh ini, angin bertiup secara konsisten dari arah barat daya dengan kelembapan udara yang lebih rendah dan keadaan atmosfera yang stabil.

“Ini menyebabkan kurangnya pembentukan awan hujan dan menyebabkan kebanyakan tempat di seluruh negara akan mengalami bilangan hari tanpa hujan lebih banyak berbanding musim lain serta menghasilkan taburan hujan yang rendah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau juga berkata hujan lebat berserta angin kencang dan petir berikutan fenomena garis badai (squall line) masih boleh berlaku di pantai barat Semenanjung dan barat Sabah pada awal pagi dan boleh berlarutan sehingga beberapa jam.

Ketika tempoh ini, fenomena jerebu juga boleh berlaku sekiranya pembakaran terbuka tidak terkawal terutamanya semasa Ogos hingga Oktober.

Beliau menasihati orang ramai agar menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh ini.

Maklumat cuaca terkini boleh diperoleh melalui laman web, aplikasi mobil myCuaca, media sosial dan hubungi hotline Jabatan Meteorologi Malaysia di 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles