- Iklan -
Berita

Hampir 950,000 kanak-kanak lengkap divaksinasi

43.9% kanak-kanak telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan dari Megaklinik Zahran memberi suntikan vaksin kepada kanak-kanak pada Program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids) 5 hingga 11 tahun di PPV Dewan Komuniti Taman Bukit Mewah, Kajang.
Petugas kesihatan dari Megaklinik Zahran memberi suntikan vaksin kepada kanak-kanak pada Program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak (PICKids) 5 hingga 11 tahun di PPV Dewan Komuniti Taman Bukit Mewah, Kajang.

Seramai 945,787 atau 26.6% kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan laman web CovidNow, seramai 1,560,474 atau 43.9% kanak-kanak dalam kumpulan sama telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, seramai 2,898,581 atau 93.2% telah lengkap vaksinasi manakala 2,996,030 atau 96.3% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 16,045,993 individu dewasa atau 68.2% telah menerima dos penggalak, manakala 22,968,441 atau 97.6% telah melengkapkan dua dos vaksin dan 23,244,381 (98.8%) menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 27,286 dos vaksin Covid-19 harian diberikan semalam melibatkan 8,290 dos pertama, 16,207 dos kedua dan 2,789 dos penggalak, menjadikan jumlah keseluruhan pemberian vaksin melalui Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini 70,446,288.

Sementara itu menurut portal GitHub KKM, satu kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam, di Kedah.