Wednesday, June 29, 2022

Negara G7 ikrar larang import minyak Rusia

G7 turut mengulangi komitmen untuk meneruskan tindakan terhadap bank-bank Rusia.

Other News

Negara anggota Kumpulan Tujuh (G7) pada Ahad berikrar untuk melarang import minyak Rusia susulan krisis Moscow-Kyiv, lapor Agensi Anadolu (AA).

“Kami komited untuk hapuskan kebergantungan kami kepada tenaga Rusia secara berperingkat, termasuk beransur-ansur menghapuskan atau mengharamkan import minyak Rusia,” memetik kenyataan bertulis pemimpin G7 selepas mesyuarat dalam talian yang turut disertai Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy .

Menurut kenyataan itu, tindakan presiden Rusia menjejaskan imej negara dan rakyatnya.

G7 turut mengulangi komitmen untuk meneruskan tindakan terhadap bank-bank Rusia.

“Kami akan teruskan usaha untuk menentang percubaan rejim Rusia menyebarkan propagandanya. Syarikat swasta tidak sepatutnya berurusan dengan rejim Rusia atau kepada sekutunya,” menurut kenyataan itu.

Pada mesyuarat itu, pemimpin G7 sekali lagi mengutuk tindakan ketenteraan Rusia ke atas Ukraine yang dilancarkan pada 24 Feb dan setakat ini menyebabkan 3,309 orang awam terbunuh manakala 3,493 yang lain cedera.

G7 dianggotai United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada, Jepun, Jerman, Perancis dan Itali.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles