- Iklan -
Berita

Lebih 26% kanak-kanak lengkap vaksinasi, 43.8% terima dos pertama

Sementara itu, 93.1% populasi remaja telah lengkap divaksinasi.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang ibu sedang merakam gambar kenang-kenangan dua anaknya selepas  menerima vaksin pada Program Imunisasi Covid19 Kanak-Kanak di PPV Dewan Komuniti Taman Bukit Mewah, Kajang.
Seorang ibu sedang merakam gambar kenang-kenangan dua anaknya selepas menerima vaksin pada Program Imunisasi Covid19 Kanak-Kanak di PPV Dewan Komuniti Taman Bukit Mewah, Kajang.

Sejumlah 929,427 atau 26.2% kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di Malaysia lengkap menerima vaksin di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan untuk Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Menurut laman web CovidNow, sebanyak 1,553,175 atau 43.8% daripada kumpulan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,897,493 atau 93.1% telah lengkap vaksinasi manakala 2,994,981 atau 96.2% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, bagi golongan dewasa, sejumlah 16,043,079 atau 68.2% telah menerima dos penggalak manakala 22,968,088 atau 97.6% telah lengkap dua dos dan 23,244,086 atau 98.8% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Semalam, sebanyak 26,584 dos telah diberikan melibatkan 7,266 dos pertama, 17,896 dos kedua dan 1,422 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,416,939.

Sementara itu, menurut portal GitHub KKM, sebanyak empat kes kematian akibat Covid-19 direkodkan semalam dengan dua kes dilaporkan di Selangor dan satu kes masing-masing di Kedah dan Perak.