- Iklan -
Berita

Myanmar mula gunakan vaksin ‘Miyancopharm’ keluaran tempatan

Hospital Zeb Dire di Nay Pyi Taw dipilih menjadi perintis program inokulasi membabitkan vaksin keluaran tempatan itu.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Petugas kesihatan Myanmar memberikan suntikan vaksin kepada pegawai kerajaan negara itu di Hospital Mae Sariang, Mae Hong Son. Gambar: AFP
Petugas kesihatan Myanmar memberikan suntikan vaksin kepada pegawai kerajaan negara itu di Hospital Mae Sariang, Mae Hong Son. Gambar: AFP

Myanmar mula memberikan suntikan vaksin Covid-19 keluaran tempatan kepada rakyatnya, menurut kementerian kesihatan negara itu pada Khamis.

Hospital Zeb Dire di Nay Pyi Taw dipilih menjadi perintis program inokulasi membabitkan vaksin Sinopharm keluaran tempatan, atau dikenali vaksin Myancopharm.

Menurut kementerian itu pihaknya menerima sejumlah satu juta dos vaksin Myancopharm daripada kementerian perindustrian pada 29 dan 30 April, dan memulakan program vaksinasi kepada golongan disasarkan.

Melalui kolaborasi dengan Sinopharm, syarikat farmaseutikal di Myanmar membuat pengisian dan menyiapkan vaksin Covid-19 jenis Myancopharm sejak 23 Mac, dengan kapasiti awal sebanyak 10 juta dos.

Data kementerian berkenaan menunjukkan, setakat 30 April, sebanyak 91.9% penduduk Myanmar berumur 18 tahun dan ke atas telah divaksin, manakala sebilangan besar bekalan vaksin tersebut adalah diimport atau didermakan China, yang banyak membantu negara itu mengekang wabak.