Wednesday, June 29, 2022

Polis kesan 2 lelaki bantu siasatan kes tembak di Bukit Bintang

Motif dan hubungan antara mangsa dan kesemua suspek masih dalam siasatan.

Other News

Polis sedang giat mengesan dua lelaki warga tempatan yang sudah dikenal pasti identiti mereka bagi membantu siasatan berhubung kejadian kes tembak di sebuah hotel di Bukit Bintang 3 Mei lalu.

Ketua Polis Dang Wangi Noor Dellhan Yahaya berkata kedua-dua suspek terbabit berusia dalam lingkungan 40-an dan 50-an, manakala seorang lagi lelaki tempatan ditahan di lokasi kejadian semalam.

“Lelaki yang ditahan semalam direman enam hari bermula hari ini sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan,” katanya dalam sebuah kenyataan semalam.

Beliau berkata motif dan hubungan antara mangsa dan kesemua suspek masih dalam siasatan.

Semalam, media melaporkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Habibi Majinji berkata seorang lelaki tempatan ditemui maut dengan kesan tembakan di dahi dalam kejadian di sebuah bilik hotel di Bukit Bintang, sejam selepas mangsa mendaftar masuk.

Katanya perkara itu disedari seorang pekerja hotel berkenaan yang memasuki bilik tersebut dan kemudian menghubungi polis kira-kira 7 malam dan hasil pemeriksaan di dalam sebuah bilik di hotel berkenaan menemukan mayat mangsa berusia 49 tahun.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles