- Iklan -
Berita

Hari Raya Aidilfitri disambut esok

Penyimpan mohor besar raja-raja umum umat Islam sambut Hari Raya pada 2 Mei.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Beberapa kanak-kanak sedang leka bermain bunga api yang dikelilingi cahaya pelita di Flat Sri Melaka, Cheras.
Beberapa kanak-kanak sedang leka bermain bunga api yang dikelilingi cahaya pelita di Flat Sri Melaka, Cheras.

Penyimpan mohor besar raja-raja mengumumkan umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada esok bersamaan 2 Mei.

“Bagi menyempurnakan titah perintah Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-raja, penyimpan mohor besar raja-raja, Malaysia mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ialah pada hari Isnin, 2 Mei 2022,” kata sebuah kenyataan Jabatan Penerangan Malaysia.

Hari Raya Aidilfitiri kali ini bakal disambut oleh umat Islam ketika seluruh negara sedang dalam peralihan ke fasa endemik.

Selepas dua tahun menyambut Aidilfitri dengan suasana pandemik di mana pelbagai sekatan terpaksa dipatuhi.

Kini, orang ramai akan menyambut Syawal dengan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) yang hampir dengan suasana normal sebelum pandemik.