Monday, July 4, 2022

Kes harian sekali lagi bawah paras 3,000 jangkitan, 10 lagi terkorban

53,776 kes aktif direkodkan dengan 97.2% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Other News

2,935 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,443,318 kes.

Sebanyak 7,585 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,354,006.

Ketika ini 53,776 kes aktif direkodkan, dengan 56,261 atau 97.2% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 46 (0.1%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 1,385 (2.6%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 84 kes dan 56 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 52.3% dengan kes Covid-19 merangkumi 11.2%.

10 korban termasuk satu kematian sebelum tiba di hospital turut dilaporkan menjadikan kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,536 orang.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles