Wednesday, June 29, 2022

Daesh mengaku bertanggungjawab serang bas mini di Afghanistan

Daesh Khurasan mengaku bertanggungjawab terhadap sembilan korban akibat serangan itu.

Other News

Kumpulan pengganas Daesh mengaku bertanggungjawab atas dua siri letupan di bandar Mazar-i-Sharif, Afghanistan pada Khamis, lapor Sputnik, memetik Agence France-Presse (AFP).

Serangan ke atas bas penumpang itu menggegarkan Mazar-i-Sharif, di wilayah Balkh pada Khamis, mengakibatkan sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dan 13 lagi cedera.

Satu letupan dilaporkan berhampiran kemudahan pendidikan manakala satu lagi siri letupan memusnahkan sebuah kenderaan.

Cawangan Daesh Khurasan telah beroperasi di Afghanistan dan negara jiran Pakistan sejak 2015.

Kumpulan itu mengaku bertanggungjawab atas beberapa serangan berdarah yang terjadi di negara yang kini dikuasai Taliban itu.

Cawangan serantau Daesh di Afghanistan yang majoritinya Sunni berulang kali menyasarkan Syiah dan kelompok minoriti seperti Sufi.

Komuniti Syiah di Afghanistan kebanyakannya terdiri daripada puak Hazara mewakili sekitar 10% dan 20% populasi keseluruhan di negara itu yang dihuni 38 juta penduduk.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles