- Iklan -
Berita

22.1% kanak-kanak lengkap divaksinasi, 42.6% terima dos pertama

Sementara itu, 92.9% populasi remaja telah lengkap divaksinasi.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Ibu bapa menemani anak yang telah menerima vaksin pada Program Imunisasi Covid19 Kanak-Kanak di PPV Dewan Komuniti Taman Bukit Mewah, Kajang.
Ibu bapa menemani anak yang telah menerima vaksin pada Program Imunisasi Covid19 Kanak-Kanak di PPV Dewan Komuniti Taman Bukit Mewah, Kajang.

Sebanyak 785,432 atau 22.1% kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan laman web CovidNow, sebanyak 1,511,678 atau 42.6% kanak-kanak dalam kumpulan sama telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,890,870 atau 92.9% telah lengkap vaksinasi manakala 2,989,453 dan 96.1% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 16,024,957 individu dewasa atau 68.1% telah menerima dos penggalak manakala 22,965,989 atau 97.6% melengkapkan kedua-dua dos vaksin dan 23,242,458 (98.8%) menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 34,833 dos vaksin Covid-19 harian diberikan semalam melibatkan 7,805 dos pertama, 22,822 dos kedua dan 4,206 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,197,502.

Sementara itu, menurut portal GitHub KKM hanya enam kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam dengan Selangor mencatatkan angka tertinggi iaitu tiga kes, manakala masing-masing satu kes di Johor, Melaka dan Pulau Pinang.