- Iklan -
Berita

20.7% kanak-kanak lengkap divaksinasi, 42.2% terima dos pertama

Sementara itu, 68.1% populasi dewasa telah menerima dos penggalak.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Kanak-kanak menunggu giliran vaksinasi di SK Putrajaya Presint 11(3). Gambar: Bernama
Kanak-kanak menunggu giliran vaksinasi di SK Putrajaya Presint 11(3). Gambar: Bernama

Sebanyak 736,114 atau 20.7% kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak Covid-19 Kebangsaan (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan laman web CovidNow, sebanyak 1,497,935 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 42.2% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,888,431 individu atau 92.8% telah lengkap vaksinasi manakala 2,987,570 atau 96% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 16,014,864 individu dewasa atau 68.1% telah menerima dos penggalak manakala 22,964,800 atau 97.6% melengkapkan kedua-dua dos vaksin dan 23,241,481 atau 98.8% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 38,691 dos vaksin Covid-19 harian diberikan semalam melibatkan 7,678 dos pertama, 26,489 dos kedua dan 4,524 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 70,118,091.

Sementara itu, menurut portal GitHub KKM, lapan kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam dengan Selangor mencatatkan angka tertinggi iaitu lima kes, diikuti Kedah dengan dua kes dan satu kes di Melaka.