- Iklan -
Berita

Kes harian lepasi 6,300 jangkitan, 12 lagi terkorban

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 52.9% dengan kes Covid-19 merangkumi 12%.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai berkelah dan bersantai di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur sambil menunggu waktu berbuka puasa.
Orang ramai berkelah dan bersantai di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur sambil menunggu waktu berbuka puasa.

6,342 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,421,443 kes.

Sebanyak 9,111 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,300,558.

Ketika ini 85,403 kes aktif direkodkan, dengan 83,528 atau 97.8% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 127 (0.1%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 1,657 (1.9%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 91 kes dan 61 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 52.9% dengan kes Covid-19 merangkumi 12%.

12 korban akibat wabak itu turut dilaporkan, termasuk dua kes kematian sebelum tiba ke hospital.

Setakat ini, kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,482 orang.