- Iklan -
Berita

Kes harian turun bawah 6,000 jangkitan, 5 lagi terkorban

8,434 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,291,447.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Beberapa orang warga Kuching bersiar-siar dengan memakai pelitup muka di Waterfront, Sarawak.
Beberapa orang warga Kuching bersiar-siar dengan memakai pelitup muka di Waterfront, Sarawak.

5,899 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak  4,415,101 kes.

Sebanyak 8,434 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,291,447.

Ketika ini 88,184 kes aktif direkodkan, dengan 86,284 atau 97.8% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 159 (0.2%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 1,649 (1.9%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 92 kes dan 61 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 52.7% dengan kes Covid-19 merangkumi 12.1%.

Lima korban akibat wabak itu turut dilaporkan, termasuk empat kes kematian sebelum tiba ke hospital.

Setakat ini, kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,470 orang.