- Iklan -
Berita

Kes harian kekal bawah 7,000, 16 lagi korban

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 51.7% dengan kes Covid-19 merangkumi 12.8%.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai menaiki LRT dengan mematuhi SOP pemakaian pelitup muka bagi mengelak jangkitan Covid-19.
Orang ramai menaiki LRT dengan mematuhi SOP pemakaian pelitup muka bagi mengelak jangkitan Covid-19.

6,968 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak  4,409,202 kes.

Sebanyak 8,267 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,283,013.

Ketika ini 90,724 kes aktif direkodkan, dengan 88,489 atau 97.5% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 183 (0.2%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 1,955 (2.2%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 97 kes dan 63 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 51.7% dengan kes Covid-19 merangkumi 12.8%.

16 korban akibat wabak itu turut dilaporkan, termasuk lapan kes kematian sebelum tiba ke hospital.

Setakat ini, kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,465 orang.