Monday, July 4, 2022

4 peguam pemerhati TMJ hadir perbicaraan kes Bella

Empat peguam dilantik Tunku Ismail itu termasuk Khairul Anwar Rahmat, Baljit Singh Sidhu, Ikbal Salam dan Mohd Radzi Yatiman. 

Other News

Sekumpulan peguam ternama dan berpengalaman luas dilantik oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim hadir ke Mahkamah Sesyen di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini, bagi memerhati kes perbicaraan pengabaian dan penderaan membabitkan remaja sindrom down dikenali sebagai Bella.

Kehadiran empat peguam itu di kamar mahkamah hari ini mencuri perhatian pengamal media, peguam dan anggota polis yang bertugas.

Mereka ialah Khairul Anwar Rahmat, Baljit Singh Sidhu, Ikbal Salam dan Mohd Radzi Yatiman.

Khairul Anwar ketika ditemui pemberita mengesahkan kehadiran mereka selaku pemerhati dan lantikan tersebut sudah mendapat persetujuan kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.

“Ya, kami dilantik olah TMJ,” katanya.

Khairul Anwar merupakan bekas pengerusi Sukarelawan Peguam (SukaGuam).

Baljit pula merupakan salah seorang penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Manakala Ikbal dan Radzi masing-masing berpengalaman dalam mengendalikan kes-kes jenayah ternama dalam negara.

Antara kes yang pernah diwakili mereka seperti kes tuntutan penggunaan kalimah Allah.

Sebelum ini, Tunku Ismail menawarkan khidmat peguam secara percuma untuk menjalankan arahan memerhati bagi pihak kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat untuk perbicaraan kes tersebut.

Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali kini sedang dibicarakan di atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya remaja perempuan itu sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

Sebelum ini, isteri Tunku Ismail, Che Puan Khaleeda turut menzahirkan rasa simpati terhadap nasib Bella dan berikrar akan membantunya mendapatkan keadilan sewajarnya.

“Saya akan lakukan apa saja dengan kuasa yang saya ada bagi mendapatkan keadilan untuk Bella,” tulisnya di media sosial.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles