- Iklan -
Berita

13.7% kanak-kanak lengkap divaksinasi, 40.1% terima dos pertama

Sementara itu, 67.9% dewasa telah menerima dos penggalak dan 92.5% remaja lengkap divaksinasi.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang wanita memujuk anaknya ketika proses suntikan vaksinasi di bawah PICKids do Mesamall, Nilai. Gambar: Bernama
Seorang wanita memujuk anaknya ketika proses suntikan vaksinasi di bawah PICKids do Mesamall, Nilai. Gambar: Bernama

Sebanyak 487,728 kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun atau 13.7% daripada populasi itu telah melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan laman web CovidNow, sebanyak 1,425,865 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 40.1%, telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur antara 12 hingga 17 tahun, sejumlah 2,877,332 individu atau 92.5% telah lengkap divaksin, manakala 2,978,531 atau 95.8% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Untuk populasi dewasa pula, seramai 15,985,545 individu atau 67.9% telah menerima dos penggalak, 22,961,980 atau 97.6% telah melengkapkan dos kedua, manakala 23,238,874 atau 98.8% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Semalam, sebanyak 47,612 dos vaksin diberikan melibatkan 35,398 dos kedua, 4,635 dos penggalak dan 7,579 dos pertama, menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 69,742,922.

Sementara itu, menurut portal GitHub KKM, 12 kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam, dengan Perak merekodkan jumlah tertinggi iaitu lima kes diikuti Johor dengan tiga kes.

Kedah, Melaka, Pahang dan Putrajaya masing-masing mencatatkan satu kes.