- Iklan -
Berita

11.6% kanak-kanak lengkap divaksinasi, 39.8% terima dos pertama

Sementara itu, 92.4% populasi remaja telah lengkap divaksinasi.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Ibu bapa menemani anak yang telah menerima vaksin pada Program Imunisasi Covid19 Kanak-Kanak di PPV Dewan Komuniti Taman Bukit Mewah, Kajang.
Ibu bapa menemani anak yang telah menerima vaksin pada Program Imunisasi Covid19 Kanak-Kanak di PPV Dewan Komuniti Taman Bukit Mewah, Kajang.

Sebanyak 412,026 kanak-kanak berusia antara lima dan 11 tahun atau 11.6 peratus telah melengkapkan vaksinasi mereka di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak COVID-19 Kebangsaan (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan laman web CovidNow, sebanyak 1,412,867 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 39.8% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 2,873,414 individu atau 92.4% telah menerima vaksinasi lengkap manakala 2,974,984 individu atau 95.7% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu, bagi populasi dewasa pula, sebanyak 15,974,034 individu atau 67.9% telah menerima suntikan dos penggalak manakala 22,960,906 atau 97.6% telah lengkap menerima dua dos vaksin dan 23,238,026 atau 98.8% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan.

Sebanyak 60,184 dos vaksin Covid-19 harian telah diberikan semalam melibatkan 11,268 dos pertama, 45,359 dos kedua dan 3,557 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 69,633,398.

Sementara itu, menurut portal GitHub KKM, 12 kematian akibat COVID-19 dilaporkan di seluruh negara dengan Kedah mencatat jumlah tertinggi iaitu empat kes diikuti Pulau Pinang dengan tiga kes, Sarawak (dua kes) dan satu kes masing-masing di Melaka, Perak dan Selangor.