Friday, May 20, 2022

Wisma Putra serah kepada polis berhubung kebocoran maklumat diplomatik sensitif

Kementerian luar negeri berkata siasatan dalaman akan diserahkan kepada pihak polis bagi siasatan dan tindakan lanjut.

Other News

Wisma Putra hari ini berkata akan menyerahkan siasatan berhubung satu rakaman audio mengenai aduan seorang pegawai kementerian luar negeri berhubung masalah dihadapi diplomat luar negara kepada polis, berikutan pendedahan mesej suara yang dibocorkan seorang pembantu bekas menteri luar negeri.

Dalam sebuah kenyataan, individu yang disyaki membuat rakaman tersebut sudah dikenal pasti dan dipanggil untuk membantu siatan.

“Beliau membuat pengakuan sepenuhnya bahawa rakaman suara tersebut dibuat oleh beliau sendiri dan individu yang bergelar ‘Datin’ tersebut merupakan seorang pegawai kepada bekas menteri luar negeri sebelum pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan ataupun kerajaan Perikatan Nasional,” kata kenyataan itu lagi.

“Memandangkan laporan polis berhubung perkara yang tular ini dibuat 11 April 2022 yang lalu dan ianya turut melibatkan melibatkan invidu di luar kementerian luar negeri, maka laporan siasatan jawatankuasa siasatan dalaman kementerian luar negeri akan diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan dan tindakan sewajarnya.”

Terdahulu, MalaysiaNow melaporkan seorang Datin bakal berdepan masalah kerana membocorkan maklumat diplomatik sensitif Malaysia di luar negara.

Perkembangan terbaru itu timbul susulan tindakan Wisma Putra terhadap dua diplomat negara di UAE selepas mereka gagal mengatur lawatan rasmi Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob akhir bulan lalu.

Ekoran kecuaian komunikasi sehingga pegawai UAE tidak dimaklumkan mengenai lawatan Ismail, duta Malaysia ke UAE Tarid Sufian, dan konsul jeneralnya di Dubai, Hasril Abdul Hamid dipanggil balik dan kini ditempatkan di Putrajaya.

Difahamkan, ekoran insiden itu, UAE menyatakan rasa malu mereka kerana tidak menyambut delegasi Ismail ketika ketibaannya di Dubai selain turut memohon maaf.

Sebelum ini, Wisma Putra biasa mengambil tindakan sedemikian terhadap diplomat yang gagal melaksanakan tugas mereka.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles