- Iklan -
Berita

Kes harian lepasi 10,400 jangkitan, 18 lagi terkorban

Ketika ini 117,785 kes aktif direkodkan dengan 97.5% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Sekumpulan kanak-kanak sedang bermain pasir pantai di Pengkalan Balak, Melaka. SOP memakai pelitup muka dilonggarkan pada 1 April sempena peralihan ke fasa endemik.
Sekumpulan kanak-kanak sedang bermain pasir pantai di Pengkalan Balak, Melaka. SOP memakai pelitup muka dilonggarkan pada 1 April sempena peralihan ke fasa endemik.

10,413 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,363,024 kes.

Sebanyak 13,202 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,209,858.

Ketika ini 117,785 kes aktif direkodkan, dengan 114,854 atau 97.5% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 366 (0.3%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 2,411 (2%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 154 kes dan 89 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 53.1% dengan kes Covid-19 merangkumi 17.9%.

18 korban akibat wabak itu turut dilaporkan, termasuk lima kes kematian sebelum tiba ke hospital.

Setakat ini, kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,381 orang.