Friday, May 27, 2022

PN teruskan perbincangan elak pertembungan lawan BN pada PRU15, kata Muhyiddin

Pengerusi Perikatan Nasional itu berkata perbincangan lebih aktif dijangka akan diadakan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri. 

Other News

Perikatan Nasional (PN) terbuka untuk menjalankan rundingan dan perbincangan dengan mana-mana parti politik mengenai strategi berdepan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dengan mana-mana pihak bagi mengelakkan pertembungan antara satu sama lain bagi melawan Barisan Nasional (BN).

Pengerusi PN Muhyiddin Yassin berkata, perbincangan lebih aktif dijangka akan diadakan selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri.

“Kalau keadaan mengizinkan, ada kecenderungan oleh pihak mana-mana parti sekalipun untuk berbincang cara bagaimana strategi PRU15.

“Kita akan usahakan,” katanya pada satu sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan Majlis Pemilihan Negara (MPN).

Katanya, usaha tersebut tidak sahaja bergantung ke atas dirinya sahaja, dengan memberi isyarat gabungan itu terbuka dengan mana-mana pihak yang ingin melakukan rundingan.

Selepas siri kekalahan di Pilihan Raya Negeri (PRN) di Melaka dan Johor, penganalisis-penganalisis politik tempatan mengesyorkan agar blok pembangkang bersatu sebagai persediaan menentang BN dan kluster mahkamah Umno pada PRU15.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles