- Iklan -
Berita

Kes harian lepasi 10,000 jangkitan, 22 lagi terkorban

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 52.2% dengan kes Covid-19 merangkumi 18.7%.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pelanggan memakai pelitup muka ketika beratur menunggu pesanan murtabak di pasar Ramadan Jalan Raja Alang, Kampung Baru.
Pelanggan memakai pelitup muka ketika beratur menunggu pesanan murtabak di pasar Ramadan Jalan Raja Alang, Kampung Baru.

10,052 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,352,611 kes.

Sebanyak 15,893 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,196,656.

Ketika ini 120,592 kes aktif direkodkan, dengan 117,465 atau 97.4% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 367 (0.3%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 2,599 (2.2%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 161 kes dan 99 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 52.2% dengan kes Covid-19 merangkumi 18.7%.

22 korban akibat wabak itu turut dilaporkan, termasuk enam kes kematian sebelum tiba ke hospital.

Setakat ini, kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,363 orang.