- Iklan -
Berita

Kes harian lepasi 9,000 jangkitan, 30 lagi terkorban

Ketika ini 126,455 kes aktif direkodkan dengan 97.5% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pasar Ramadan ibu negara dikunjungi warga Kuala Lumpur sambil memakai pelitup muka bagi mengelak wabak Covid-19.
Pasar Ramadan ibu negara dikunjungi warga Kuala Lumpur sambil memakai pelitup muka bagi mengelak wabak Covid-19.

9,002 kes baru Covid-19 direkodkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,342,559 kes.

Sebanyak 16,986 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,180,763.

Ketika ini 126,455 kes aktif direkodkan, dengan 123,341 atau 97.5% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 288 (0.2%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 2,675 (2.1%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 151 kes dan 97 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 53% dengan kes Covid-19 merangkumi 17.5%.

30 korban akibat wabak itu turut dilaporkan, termasuk tiga kes kematian sebelum tiba ke hospital.

Setakat ini, kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,341 orang.