- Iklan -
Berita

Kes harian turun ke paras 7,700 jangkitan, 19 lagi terkorban

134,469 kes aktif direkodkan dengan 197.6% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai membeli barangan keperluan di pasar raya dengan memakai pelitup muka bagi mengelak jangkitan Covid-19.
Orang ramai membeli barangan keperluan di pasar raya dengan memakai pelitup muka bagi mengelak jangkitan Covid-19.

7,739 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,333,557 kes.

Sebanyak 19,049 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,163,777.

Ketika ini 134,469 kes aktif direkodkan, dengan 131,235 atau 97.6% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 266 (0.2%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 2,794 (2.1%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 174 kes dan 102 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 54.3% dengan kes Covid-19 merangkumi 20.2%.

19 korban akibat wabak itu turut dilaporkan, termasuk tiga kes kematian sebelum tiba ke hospital.

Setakat ini, kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,311 orang.