- Iklan -
Berita

Lebih 132,000 kanak-kanak lengkap divaksinasi, 67.7% dewasa terima dos penggalak

95.2% populasi remaja telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Ibu bapa bersama anak mereka menunggu giliran untuk menerima vaksin pada Program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak di PPV Dewan Komuniti Taman Bukit Mewah, Kajang.
Ibu bapa bersama anak mereka menunggu giliran untuk menerima vaksin pada Program Imunisasi Covid-19 Kanak-Kanak di PPV Dewan Komuniti Taman Bukit Mewah, Kajang.

Sebanyak 132,390 kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah melengkapkan dos suntikan vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-kanak (PICKids) setakat semalam.

Berdasarkan data menerusi laman web CovidNow, sebanyak 1,365,915 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 38.4% daripada populasi itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 2,860,287 individu atau 91.9% telah lengkap divaksinasi manakala 2,961,642 individu atau 95.2% telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Dalam pada itu, seramai 15,922,033 individu dewasa atau 67.7% telah menerima suntikan dos penggalak, 22,957,184 individu atau 97.6% daripada populasi itu pula lengkap vaksinasi manakala 23,234,427 atau 98.8% menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sebanyak 38,820 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 4,079 dos pertama, 28,469 dos kedua dan 6,272 dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif dos diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 69,221,371.

Sementara itu, menurut portal GitHub KKM, sebanyak 12 kematian akibat Covid 19 dilaporkan di negara ini semalam dengan Sarawak merekodkan jumlah tertinggi sebanyak lima kes, diikuti Perak dengan dua kes manakala Johor, Kedah, Kelantan, Selangor dan Kuala Lumpur masing-masing mencatatkan satu kes.