- Iklan -
Berita

Kes harian turun ke paras 8,100 jangkitan, 12 lagi korban

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 51.8% dengan kes Covid-19 merangkumi 20.2%.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Suasana pengagihan bubur lambuk Ramadan di Masjid India ketika negara beralih ke fasa endemik di mana kelonggaran SOP memudahkan pergerakan orang ramai.
Suasana pengagihan bubur lambuk Ramadan di Masjid India ketika negara beralih ke fasa endemik di mana kelonggaran SOP memudahkan pergerakan orang ramai.

8,112 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,325,818 kes.

Sebanyak 15,765 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,144,728.

Ketika ini 145,798 kes aktif direkodkan, dengan 142,513 atau 97.7% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 300 (0.2%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 2,811 (1.9%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 174 kes dan 110 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 51.8% dengan kes Covid-19 merangkumi 20.2%.

12 korban akibat wabak itu turut dilaporkan, termasuk empat kes kematian sebelum tiba ke hospital.

Setakat ini, kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,292 orang.