- Iklan -
Berita

Kes harian turun ke paras 10,100 jangkitan, 21 lagi korban

153,463 kes aktif direkodkan dengan 97.7% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai kekal memakai pelitup muka sebagai langkah mengelak Covid-19 ketika negara beralih ke fasa endemik mulai 1 April lalu.
Orang ramai kekal memakai pelitup muka sebagai langkah mengelak Covid-19 ketika negara beralih ke fasa endemik mulai 1 April lalu.

10,177 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,317,706 kes.

Sebanyak 15,132 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,128,963.

Ketika ini 153,463 kes aktif direkodkan, dengan 149,994 atau 97.7% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 310 (0.2%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 2,964 (1.9%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 195 kes dan 108 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 53.4% dengan kes Covid-19 merangkumi 22.4%.

21 korban akibat wabak itu turut dilaporkan, termasuk sembilan kes kematian sebelum tiba ke hospital.

Setakat ini, kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,280 orang.