- Iklan -
Berita

Kes harian lepasi 14,900 jangkitan, 31 lagi korban

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 54.6% dengan kes Covid-19 merangkumi 23.7%.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang wanita memakai pelitup muka bagi mengelak jangkitan Covid-19 ketika berjalan melalui deretan kedai di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Seorang wanita memakai pelitup muka bagi mengelak jangkitan Covid-19 ketika berjalan melalui deretan kedai di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

14,944 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,307,529 kes.

Sebanyak 14,045 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,113,831.

Ketika ini 158,439 kes aktif direkodkan, dengan 154,880 atau 97.8% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 341 (0.2%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 3,012 (1.9%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 206 kes dan 109 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 54.6% dengan kes Covid-19 merangkumi 23.7%.

31 korban akibat wabak itu turut dilaporkan, termasuk enam kes kematian sebelum tiba ke hospital.

Setakat ini, kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,259 orang.