Monday, May 16, 2022

Anggota Nato berbeza pendapat berhubung Rusia

Beberapa negara anggota Nato masih mahu mengekalkan hubungan baik dengan Presiden Rusia Vladimir Putin.

Other News

Negara-negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) berbeza pendapat dalam isu membabitkan hubungan dengan Rusia, susulan operasi ketenteraannya di Ukraine, lapor Sputnik memetik media.

Beberapa negara di timur Eropah, seperti Poland dan negara Baltik berusaha memutuskan semua hubungan dengan Moscow demi menjatuhkan negara itu, lapor New York Times, memetik kenyataan seorang pegawai.

Pada masa sama, Perancis, Jerman dan Turki percaya bahawa Rusia tidak boleh ditundukkan dengan mudah dan mahu mengekalkan hubungan baik dengan presiden negara itu, Vladimir Putin.

Rusia melancarkan operasi ketenteraan khas di Ukraine pada 24 Februari untuk menyokong kemerdekaan republik Donetsk dan Luhansk.

Negara-negara Barat telah mengutuk sekeras-kerasnya operasi itu sambil menyifatkannya sebagai pencerobohan dan mengenakan sekatan keras ke atas Moscow.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles