Wednesday, May 18, 2022

Kes harian lepasi 12,000 jangkitan, 33 lagi korban

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 55.9% dengan kes Covid-19 merangkumi 26.7%.

Other News

12,017 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,268,486 kes.

Sebanyak 23,431 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,062,154.

Ketika ini 171,172 kes aktif direkodkan, dengan 167,130 atau 97.6% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 385 (0.2%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 3,423 (2%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 234 kes dan 131 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 55.9% dengan kes Covid-19 merangkumi 26.7%.

33 korban akibat wabak itu turut dilaporkan, termasuk tujuh kes kematian sebelum tiba ke hospital.

Ketika ini, kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,160 orang.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles