Monday, May 16, 2022

Tiada siasatan baru ke atas Dr Mahathir, kata polis

Other News

Polis mengesahkan tiada siasatan baru dibuat ke atas bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Abd Jalil Hassan berkata kali terakhir pengerusi Pejuang itu dipanggil polis ialah pada 23 Mac lepas bagi membantu siasatan membabitkan buku memoir bekas peguam negara Tommy Thomas.

“Rakaman percakapan beliau diambil hanya sebagai saksi bagi menjawab beberapa persoalan yang ditimbulkan dalam buku berjudul My Story: Justice in the Wilderness,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Terdahulu, Dr Mahathir dalam hantaran di laman sosial Facebooknya mendakwa beliau akan dipanggil untuk disoal siasat namun tidak menyatakan sebab siasatan itu.

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles