Thursday, May 19, 2022

PM umum lebih RM900 juta bantuan khas Aidilfitri kepada penjawat awam, pesara kerajaan

RM500 akan diagihkan kepada penjawat awam dan RM250 akan diberi kepada golongan pesara kerajaan.

Other News

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan bantuan khas kewangan sempena hari raya Aidilfitri bagi lebih dua juta penjawat awam dan pesara kerajaan dengan peruntukan lebih RM900 juta.

Bantuan kewangan sebanyak RM500 itu akan diagihkan kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah, pekerja kontrak, pegawai sambilan harian dan lantikan di bawah MySTEP.

Selain itu, Ismail juga turut mengumumkan bantuan sebanyak RM250 bagi pesara kerajaan.

“Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan April iaitu pada 25 April 2022,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ismail, bantuan itu melibatkan peruntukan sebanyak RM923 juta dan akan memanfaatkan lebih dua juta penjawat awam dan pesara kerajaan.

Katanya, pengumuman bantuan khas Aidilfitri itu dibuat lebih awal sebagai satu langkah keprihatian kerajaan dalam membantu orang ramai membuat perancangan Hari Raya.

“Pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada Keluarga Malaysia.”

Follow us on Telegram for the latest updates: https://t.me/malaysianow

Subscribe to our newsletter

To be updated with all the latest news and analyses.

Related Articles