- Iklan -
Berita

Polis Kanada tahan anak mangsa bunuh dikerat, dibungkus dalam plastik

Anak lelaki mangsa turut dikenakan pertuduhan melakukan pembunuhan tanpa niat di mahkamah Toronto.

AFP
1 minit bacaan
Kongsi
Pandangan dari udara beberapa rumah di Montreal, Quebec, Kanada. Mangsa dikenal pasti sebagai Tien Ly, 46, seorang pemilik pusat penjagaan kuku yang baru membuka perniagaan salunnya di Yorkville. Gambar: AFP
Pandangan dari udara beberapa rumah di Montreal, Quebec, Kanada. Mangsa dikenal pasti sebagai Tien Ly, 46, seorang pemilik pusat penjagaan kuku yang baru membuka perniagaan salunnya di Yorkville. Gambar: AFP

Polis Kanada menahan anak lelaki kepada seorang wanita yang mayatnya dikerat dan dimuatkan ke dalam beg plastik ketika ditemui di laluan pejalan kaki Toronto minggu ini.

Lelaki itu turut dihadapkan ke mahkamah bagi dakwaan membunuh.

Sebelum ini, pihak berkuasa mengeluarkan gambar reka bentuk pengilat kuku khas mangsa bagi mendapatkan bantuan dalam usaha mengenal pasti mayatnya.

Kemudiannya, pihak polis membuat rayuan awam bagi mengesan lokasi anaknya.

Seorang pejalan kaki menemui mayat itu pada Isnin.

Polis Toronto dalam satu kenyataan berkata pemeriksaan menunjukkan wujud tanda-tanda trauma, “termasuk beberapa kesan yang menunjukkan tubuhnya dikerat.”

Menurut laporan media tempatan, mangsa akhirnya berjaya dikenal pasti sebagai Tien Ly, 46, seorang operator salun penjagaan kuku.

Menurut polis, baru-baru ini, mangsa membuka salunnya sendiri di Yorkville, sebuah daerah membeli-belah di Toronto.

Selepas menggeledah rumah yang turut menjadi tempat tinggal anak lelakinya Dallas Ly yang berusia 20 tahun, polis mula mencari anak lelaki mangsa dan mengatakan pihaknya “bimbang terhadap keadaan dirinya.”

Dallas ditemui dan ditahan pada Sabtu.

Sehari selepasnya, polis mendakwa lelaki itu bertanggungjawab atas kematian ibunya dan dikenakan pertuduhan membunuh tanpa niat.