- Iklan -
Berita

Kes harian turun ke paras 12,300 jangkitan, 30 lagi terkorban

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 55.3% dengan kes Covid-19 merangkumi 28.7%.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Pelawat antarabangsa memakai pelitup muka ketika menaiki tren KLIA ke balai ketibaan selepas pintu sempadan antarabangsa dibuka semula 1 April lalu.
Pelawat antarabangsa memakai pelitup muka ketika menaiki tren KLIA ke balai ketibaan selepas pintu sempadan antarabangsa dibuka semula 1 April lalu.

12,380 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,246,467 kes.

Sebanyak 20,635 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 4,018,421.

Ketika ini 192,947 kes aktif direkodkan, dengan 188,534 atau 97.7% daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 478 (0.2%) kes kini berada di pusat kuarantin sementara 3,682 (1.9%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 253 kes dan 157 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 55.3% dengan kes Covid-19 merangkumi 28.7%.

30 korban akibat wabak itu turut dilaporkan, termasuk 11 kes kematian sebelum tiba ke hospital.

Ketika ini, kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,099 orang.