- Iklan -
Berita

Kes harian lepasi 17,400 jangkitan, 30 lagi terkorban

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 57.2% dengan kes Covid-19 merangkumi 29.9%.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Orang ramai mengambil kesempatan cuti hujung minggu  untuk meluangkan masa beriadah bersama ahli keluarga melakukan aktiviti berbasikal di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.
Orang ramai mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk meluangkan masa beriadah bersama ahli keluarga melakukan aktiviti berbasikal di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur.

17,476 kes baru Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,219,395 kes.

Sebanyak 17,321 pesakit turut dilaporkan sembuh, menjadikan jumlah keseluruhan kes sembuh sebanyak 3,977,403.

Ketika ini 206,979 kes aktif direkodkan, dengan 201,924 atau 97.6%daripadanya sedang menjalani kuarantin kendiri.

Dalam pada itu, 615 (0.3%)kes kini berada di pusat kuarantin sementara 4,177 (2.0%) dimasukkan ke hospital.

Kes yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) adalah sebanyak 263 kes dan 162 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Kadar penggunaan kemudahan ICU di seluruh negara kini sebanyak 57.2% dengan kes Covid-19 merangkumi 29.9%.

30 korban akibat wabak itu turut dilaporkan, termasuk lima kes kematian sebelum tiba ke hospital.

Ketika ini, kes keseluruhan kematian adalah sebanyak 35,013 orang.